Saturday 2 June 2012

Hujan: Rahmat Atau Bala



Akhir- akhir ni hujan selalu saja turun, tak kira waktu. Kadang2 sampai membuat orang macam aku mengeluh sebab sebab susah nak p mana2, almaklumlah merempit. Kalau hujan, maksudnya konfem akan sampai rumah dalam keadaan basah kuyup. Kadang2 sampaikan kita ni lupa, hujan itu sebenarnya rahmat. Benarkah rahmat? Kalau rahmat kenapa sampai terjadinya banjir? Bukan banjir itu bala dan punca kepada kemusnahan? Kembali istighfar wahai sahabat- sahabat ku. Ada penjelasan di setiap apa yang di turunkan olehNya.

Dari ‘Atha’ bin Abu Rabah R.A. katanya, dia mendengar Aisyah R.A., isteri Rasulullah SAW bercerita,

"Bila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah Rasulullah SAW sehingga baginda maju mundur (berjalan mundar-mandir). Apabila hujan telah turun wajah baginda berubah menjadi gembira dan hilang kegelisahannya. Berkata Aisyah, "Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda gelisah sebegitu rupa." Jawab baginda, "Aku khuatir kalau-kalau angin dan mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku. Tetapi bila hujan telah turun maka hal itu adalah rahmat."
(Hadis riwayat Muslim)

Hujan adalah bukti kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Dalam Al-Quran, Allah menurunkan hujan ini hanya dalam 2 perkara iaitu sama ada untuk memberi kesuburan (rezeki) kepada sesuatu tempat ataupun ia adalah satu bencana kepada sesuatu kaum.


Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!
(Hud 11:52)


Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam; (Faatir 35:27)


Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.
(Al-A'raaf 7:84)


Jadi kita kena paham bila kita di timpa bencana kerana hujan, itu adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita, yang cuba mengingatkan kita tentang kekuasaanNya. Masih banyak lagi ayat-ayat Al Qur'an yang menyatakan bahawa hujan adalah salah satu bukti kebesaran Allah dan juga reason kenapa hujan di turunkan. Oleh itu, tak patut rasanya kita sebagai hamba yang beriman denganNya mengeluh dengan rahmat dan bukti kebesaran Yang Maha Pencipta. Apa yang aku kongsi di sini adalah ingatan utk semua yang membaca dan juga diri aku sendiri. Semoga kita tidak lagi merungut bila hujan turun dengan lebatnya yang kadangkala menjadi penyebabkan aktiviti yang telah dirancang tergendala. Kita tak tau rahmat di setiap pemberianNya jadi bersyukurlah dengan segala ketentuanNya.

No comments:

Post a Comment